Faktor-Faktor Keberkesanan Pengurusan dalam Institusi TVET

Management Effectiveness Factors in TVET Institutions

Authors

  • Muhammad Aidiel Fizriey Kamarulzalis Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Faktor Keberkesanan Pengurusan, Institusi, TVET

Abstract

Jurnal artikel ini penyelidik mengkaji faktor-faktor keberkesanan pengurusan dalam institusi Teknikal dan Vokasional (TVET). Lima faktor yang ditekankan ialah dalam kajian ini ialah pengukuran prestasi dan kualiti, diikuti dengan pengurusan sumber manusia, sumber kewangan dan infrastruktur, kerjasama industri dan penggunaan teknologi. Dalam mengkaji aspek pengukuran prestasi dan kualiti, kajian ini mengeksplorasi pendekatan-pendekatan inovatif yang mampu meningkatkan pemantauan dan penilaian terhadap pencapaian institusi TVET. Pengurusan sumber manusia dijelaskan sebagai elemen penting, dengan penekanan pada strategi pengembangan tenaga kerja dan pengukuran keberhasilan kebolehan sumber daya manusia. Kajian ini juga menyertakan peranan penting iaitu sumber kewangan dan infrastruktur dalam menyokong aktiviti operasi institusi, serta keperluan untuk pengurusan yang efisien. Selain itu, kajian mengeksplorasi kerjasama industri, mengidentifikasi strategi-strategi yang dapat memperkuat hubungan antara institusi TVET dan sektor industri. Terakhir, dalam konteks teknologi, kajian ini menyoroti pentingnya penggunaan teknologi terkini dalam meningkatkan efisiensi dan daya saing institusi TVET. Hasil kajian literatur sistematik dengan 20 buah artikel yang digunakan melalui palform secara atas talian iaitu Google Scholar mendapati faktor-faktor keberkesanan pengurusan dalam institusi TVET merupakan satu cara dalam mengenalpasti faktor yang berkesan terhadap pengurusan institusi TVET serta dapat memberikan halaju pada pengkaji akan datang bagi tujuan pemambahbaikan pada masa hadapan.

Downloads

Published

03-07-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Muhammad Aidiel Fizriey Kamarulzalis. (2024). Faktor-Faktor Keberkesanan Pengurusan dalam Institusi TVET: Management Effectiveness Factors in TVET Institutions. Journal of TVET and Technology Review, 2(1), 75-85. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/jttr/article/view/18138