Membina Karakter Pemikiran Pelajar Muslim Menerusi Petunjuk Surah Al-Fatihah

Building the Thought Character of Muslim Students through the Guidance of Surah Al-Fatihah

Authors

  • Mikdar Rusdi Seri Begawan Religious Teachers University College
  • Md Azmi Omar Seri Begawan Religious Teachers University College
  • Norasimah Omar Seri Begawan Religious Teachers University College
  • Suhailah Abdul Muin Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

al-Quran, al-Fatihah, Karakter, Pelajar Muslim

Abstract

Pelajar muslim adalah perkataan yang menggabungkan dua identiti iaitu pencari ilmu dan penyerahan diri kepada Allah s.w.t. kedua elemen ini jika digabungkan maka seorang pelajar muslim tiada jalan baginya kecuali menjadikan al Quran sebagai sumber petunjuk. Surah al Fatihah adalah solusi yang boleh jadi kiblat pembetukan jadi diri seorang pelajar muslim kerana tanpa pengaplikasian surah ini ilmu yang dituntut boleh jadi kurang berkah, tanpa surah al fatihah ibadah akan pincang, pembentukan jatidiri tidak akan seimbang, komunikasi antara hamba dan penciptanya akan menghadapi kebuntuan.  Yang pastinya surah al fatihah penentu diterimanya solat, media komunikasi antara makhluk dengan pencipta, semuanya memberi kesan mendalam terhadap proses pembentukan karakter kehidupan seorang pelajar. Di sisi lain, surah al Fatihah diletak paling awal dalam susunan mushaf al Quran sebagai petunjuk dalam berbuat, berfikir, bertindak dan bersikap dalam menjalani kehidupan terutama sekali dalam menuntut ilmu. Surah al fatihah sebagai bahagian dari Al Quran tentunya tidak ketinggalan dalam memberi perhatian terhadap pembinanaan karakter pemikiran seorang pelajar, hal ini tercermin dalam pengisytiharan pembacanya untuk bersama dengan Allah s.w.t., tidak meminta kecuali kepada yang Maha Pemberi, tidak melakukan kecuali mengawal diri akan adanya pertemuan dengan penguasa Hari Pembalasan, hari-harinya dipenuhi dengan ibadah dan doa, sentiasa berwaspada akan kemurkaan Allah s.w.t dan bahaya pemikiran dan fahaman yang sesat yang tidak sejalan dengan al Quran. Kertas kerja ini sedikit sebanyak dapat memberi formula baru dalam pemikiran dan tindakan kita menerusi pengkajian surah al Fatihah bermula dari konsep maiatullah, mencari rezeki, hari kiamat, ibadah dan doa.

Author Biography

  • Mikdar Rusdi, Seri Begawan Religious Teachers University College

    Fakulti Usuluddin KUPU-SB

Downloads

Published

29-06-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Rusdi, M., Omar, M. A., Omar, N., & Abdul Muin, S. (2021). Membina Karakter Pemikiran Pelajar Muslim Menerusi Petunjuk Surah Al-Fatihah: Building the Thought Character of Muslim Students through the Guidance of Surah Al-Fatihah. Journal of Quranic Sciences and Research, 2(1), 1-7. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/jqsr/article/view/7835