A Systematic Analysis on Wujuh Qira’at in Ablution’s Verses and its Implication to the Islamic Law for Recognition System
Abstract
Qiraat adalah kepelbagaian bentuk bacaan atau wujuh qira’at dan perselisihannya berdasarkan imam yang meriwayatkan bentuk bacaan tersebut. Kesan dari perbezaan wujuhqira’at sebahagiannya memberi kesan perbezaan dari sudut makna dan hukum. Artikel ini membincangkan implikasi hukum melalui qira’at mutawatirah dengan menfokuskan ayat wuduk dari surah al-Māidah, ayat ke-6. Metodologi kajian yang digunakan adalah berdasarkan kajian perpustakaan sepenuhnya dengan menggunakan rujukan dari kitab-kitab qiraat, tafsir, hadith dan fiqh dengan mendatangkan beberapa pendapat dari para sarjana dari aliran Ahli Sunnah wal Jamaah. Dapatan kajian mendapati keperbagaian wujuh qira’at memberi implikasi lebih dari satu makna yang menghasilkan perbezaan pada sesuatu ayat. Namun begitu, sistem pengecaman ayat Quran juga boleh merujuk kamus dari sudut “phone” dan “phoneme” qira’at yang merujuk kepada perkataan yang sama dan boleh dikaitan perkataan yang berbeza merujuk kepada makna atau maksud yang sama. Namun perbezaan Qira’at boleh dikurangkan dengan pengecaman Qira’at dalam sistem atau aplikasi pengecaman ucapan, suara atau percakapan.