Pengaruh Semantik Lafaz Arab Al-Quran Dalam Bahasa Bajau Ubian Sebagai Medium Manifestasi Pembangunan Dakwah Islamiah
The Semantic Influence of Quranic Arabic Expressions in the Bajau Ubian Language as a Medium for Manifesting Islamic Dakwah Development
Keywords:
Linguistik Al-Quran, semantik, kata pinjaman Arab, bahasa Bajau Ubian, pembangunan dakwahAbstract
Malay:
Penerimaan Islam di Gugusan Kepulauan Melayu khususnya dalam kalangan kaum peribumi telah mencetuskan transformasi besar bukan sahaja daripada aspek pegangan sosioreligius, malah meresap ke dalam sistem linguistik tempatan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penyerapan kosa kata Arab Al-Quran ke dalam bahasa Bajau Ubian di Sabah serta menilai sumbangan dakwah Islamiah menerusi medium bahasa terhadap pembangunan minda komuniti tersebut. Menggunakan reka bentuk kualitatif, pengumpulan data dilakukan menerusi kaedah kepustakaan dan temu bual tidak berstruktur bersama penutur jati dan pengamal budaya bagi memastikan ketepatan ejaan serta fonetik. Data leksikal yang diperoleh kemudiannya dianalisis secara deskriptif berteraskan teori semantik dengan memfokuskan kepada perluasan, penyempitan, dan perubahan makna teks. Hasil kajian mendapati berlaku penyerapan linguistik Arab Al-Quran yang signifikan dalam dialek Bajau Ubian, merangkumi kata nama (isim) sehinggakan melibatkan partikel sendi (huruf jar dan 'athaf) seperti lafaz dawat, isbat, kahawa, min, dan pa. Penemuan ini bukan sahaja membuktikan manifestasi dakwah Islamiah yang telah mengakar umbi sejak era Kesultanan Sulu, malah menolak persepsi salah faham sesetengah pihak yang menganggap komuniti Bajau sebagai etnik yang terpinggir daripada naratif perkembangan tamadun Islam awal di Nusantara. Implikasi kajian ini memperkasakan laras bahasa peribumi sekali gus menyumbang kepada dokumentasi korpus linguistik berteraskan acuan pengajian Al-Quran dan ketamadunan.
English:
The advent of Islam in the Malay Archipelago has catalyzed a profound transformation within indigenous communities, extending beyond socioreligious beliefs into the local linguistic systems. This study aims to analyze the integration of Quranic Arabic loanwords into the Bajau Ubian language in Sabah and evaluate the contribution of Islamic dakwah through linguistic mediums toward community development. Employing a qualitative research design, data were gathered utilizing library research and unstructured interviews with native speakers and cultural practitioners to ensure orthographic and phonetic accuracy. The collected lexical data were descriptively analyzed using semantic frameworks, focusing on semantic extension, restriction, and shifts. The findings reveal a significant absorption of Quranic Arabic linguistics into the Bajau Ubian dialect, ranging from nouns (isim) to grammatical particles (huruf jar and 'athaf), as exemplified by words such as dawat, isbat, kahawa, min, and pa. This lexical integration underscores the deep-rooted impact of Islamic missionary work since the era of the Sulu Sultanate and effectively refutes misconceptions portraying the Bajau as historically detached from early Islamic civilization in the Nusantara. Consequently, this study enhances the understanding of indigenous linguistic registers and contributes to the documentation of linguistic corpora within the scope of Quranic sciences and Islamic civilization.
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Journal of Quranic Sciences and Research

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.








