Lancar Solat: Aplikasi Hafazan Bacaan dalam Solat untuk Kanak-kanak Autisme
Keywords:
Hafazan Solat, Autisme, Pembangunan Kandungan Mudah Alih MultimediaAbstract
Solat merupakan rukun Islam kedua dan wajib dilaksanakan setiap individu Muslim. Kanak-kanak autisme tidak diwajibkan menunaikan solat namun pendedahan awal pembelajaran solat amat penting. Kanak-kanak autisme biasanya mempelajari solat dengan mendengar dan mengulangi bacaan solat untuk membantu mereka mengingat. Walaubagaimanapun, aplikasi pembelajaran solat bagi kanak-kanak autisme masih terhad. Kebanyakan aplikasi sedia ada hanya memfokuskan kepada aspek pembelajaran solat secara umum tanpa menekankan kepada kaedah hafazan bacaan dalam solat. Oleh itu, aplikasi Lancar Solat dicadangkan bertujuan membangunkan aplikasi pembelajaran berasaskan permainan untuk membantu kanak-kanak autisme dalam menghafaz bacaan dalam solat. Kaedah tikrar iaitu kaedah hafazan secara ulangan digunakan dalam aplikasi ini. Metodologi Pembangunan Kandungan Mudah Alih Multimedia (MMCD) digunakan dalam pembangunan aplikasi ini. Hasil keputusan pengujian pengguna menggunakan kaedah Skala Kebolehgunaan Sistem (SUS) menunjukkan skor yang cemerlang iaitu 79.38. Hasil ini membuktikan aplikasi ini diterima oleh pengguna dari segi aspek kebolehgunaannya.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Journal of Quranic Sciences and Research

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.








