Himpunan Hadith Tibb Al-Nabawi dan Isu-Isu Berkaitan Perawatan Nabawi di Malaysia
Keywords:
Tibb Al-Nabawi, perubatan Islam, perawat Islam., Kutub SittahAbstract
Tibb al-Nabawi atau turut merujuk kepada perubatan Islam ialah kaedah perubatan yang menjadi amalan Rasulullah melalui rujukan terhadap al-Quran dan hadis Nabawi. Perubatan nabawi melibatkan ruqyah, bahan-bahan seperti air dan herba serta bekam dan hendaklah dilakukan mengikut syariat Islam. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menghimpunkan hadis-hadis berkaitan dengan tibb al-Nabawi serta menelusuri isu-isu yang berlaku mengenai pelaksanaan perubatan nabawi dalam konteks Malaysia. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan kitab hadis kutub sittah sebagai kaedah pengumpulan data utama. Manakala isu pelaksanaan perawatan nabawi di Malaysia dianalisis daripada kajian lepas. Dapatan kajian mendapati bahawa sebanyak 20 buah hadis dipilih berkaitan tibb al-nabawi. Dan terdapat isu amalan perawatan nabawi di Malaysia iaitu penyelewengan ayat al-Quran dan hadis, integriti perawat dan pusat perubatan Islam. Kaedah perawatan nabawi perlu diambil perhatian oleh masyarakat Islam dan isu yang timbul berkaitan perawatan di Malaysia perlu ditangani dengan penuh hikmah.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Journal of Quranic Sciences and Research

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.








