Amalan Beragama Orang Asli Muslim di Semenanjung Malaysia: Kajian Analisis Bibliometrik
Keywords:
Amalan beragama, orang asli muslim, kajian bibliometrikAbstract
Amalan beragama masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia banyak dilihat kepada pengamalan agama dan kepercayaan asal mereka. Namun, kajian dalam pengamalan agama Islam masyarakat Orang Asli Muslim di Semenanjung Malaysia masih tidak banyak ditelusuri. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji penulisan tentang amalan beragama masyarakat Orang Asli Muslim khusus di Semenanjung Malaysia dalam tempoh satu dekad, bermula pada tahun 2013 sehingga tahun 2022. Kajian ini menggunakan analisis bibliometrik terhadap penerbitan ilmiah yang ditemui berdasarkan satu pangkalan data sahaja iaitu Google Scholar. Hasil analisis kata kunci mendapati kajian berkenaan amalan beragama masyarakat Orang Asli banyak membincangkan daripada aspek pendakwah dan bukan orang yang didakwah (mad’u). Selain itu, amalan beragama juga kurang dibincangkan terhadap Orang Asli, namun lebih fokus kepada institusi pendidikan peringkat menengah dan pengajian tinggi serta masyarakat lain.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Journal of Quranic Sciences and Research
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.