Hukum Najis Mughallazah dan Kaedah Sertu Menurut Pandangan Empat Mazhab

The Concept of Samak and Sertu: A Comparison According to Islamic Perspective

Authors

  • Ummi Anis Yusof Universiti Sains Islam Malaysia
  • Wan Ainaa Mardhiah Wan Zahari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Najis Mughallazah, Sertu, Empat Mazhab, Turath Islami.

Abstract

Malay: Najis mughallazah merupakan najis berat yang melibatkan anjing dan babi serta kaedah basuhannya juga mempunyai cara yang tersendiri. Namun, terdapat perbezaan pandangan ulama tentang hukum kenajisan haiwan tersebut dan kaedah basuhannya. Justeru itu, artikel ini akan mengemukakan beberapa pandangan ulama berdasarkan kitab-kitab fiqh yang melibatkan imam empat mazhab iaitu mazhab Hanafiyy, Malikiyy, Syafiiyy dan Hanbaliyy. Penulisan ini berbentuk kualitatif dan deskriptif merangkumi kajian perpustakaan dengan kaedah analisis dokumen berdasarkan kitab- kitab turath fiqh empat mazhab dan buku-buku para ulama kontemporari. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan pandangan mengenai hukum najis mughallazah dan kaedah sertu menurut pandangan empat mazhab. Babi telah disepakati oleh semua lama mazhab tentang pengharamannya kerana ia telah jelas dinyatakan dalam al-Quran Namun, begitu perbezaan pendapat telah wujud berkenaan hukumkenajisan anjing. Menurut mazhab Syafi’iyy dan Hanbaliyy mereka bersependapat menyatakan anjing adalah najis secara keseluruhan dan kaedah basuhannya adalah dengan membasuh sebanyak tujuh kali dan basuhan pertama dengan air tanah. Manakala, mazhab Hanafiyy dan Malikiyy telah wujud perbezaan pendapat dalam hal tersebut iaitu mazhab Hanafiyy menyatakan anjing hanya najis pada air liurnya sahaja dan hendaklah dibasuh sebanyak tiga kali sahaja. Manakala, mazhab Malikiyy pula berpandangan bahawa anjing bukanlah najis dan jika terkena air liurnya hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali sebagai tujuan ta’abuddi.

 

English: Samak and sertu are terms related to the purification process in Islam. In the Islamic society in Malaysia, there is a misconception about the terms samak and sertu and the use of both terms in the purification of impurity. This misconception arises from a lack of understanding of the terms samak and sertu. Therefore, this article aims to explain the difference between the terms samak and sertu and the use of both terms. To achieve the aforementioned objectives, this study is based on an analysis of the content of fiqh books, scholarly articles, and fatwa on international and national rankings. For the analysis of Arabic books, the search of the terms al-dhabghu and ghasala is used. Meanwhile, the terms samak and sertu in the Malaysian Islamic Progress Office (JAKIM) guide. This data is then analyzed based on the views of the four madhhabs that are muktabar in fiqh. The results show that samak is the process of cleaning an animal's skin of impurities for a specific purpose with a sharp tool. While sertu is the process of cleaning the affected part of mughallazah faeces (dogs, pigs and their offspring) with the help of water and soil. The cleaning method of samak and sertu is different from the other two. The meaning of samak and sertu should be understood, as they were agreed upon for cleaning and hygiene.

Downloads

Published

28-12-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Yusof, U. A., & Wan Zahari, W. A. M. . (2023). Hukum Najis Mughallazah dan Kaedah Sertu Menurut Pandangan Empat Mazhab: The Concept of Samak and Sertu: A Comparison According to Islamic Perspective. Journal of Quranic Sciences and Research, 4(2), 19-27. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/jqsr/article/view/15564

Most read articles by the same author(s)