Peranan Pendakwah Terhadap Religiositi Mualaf di Negeri Johor: Sebuah Sorotan Awal

Authors

  • Ahmad Zaki Mohamad Malom UTHM
  • Intan Farhana Saparudin Department of Islamic Studies, Center for General Studies and Co-Curriculum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Batu Pahat, Johor, MALAYSIA
  • Shakila Ahmad Department of Islamic Studies, Center for General Studies and Co-Curriculum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Batu Pahat, Johor, MALAYSIA

Keywords:

Pendakwah, Mualaf, Religiositi, Model Religiositi Muslim

Abstract

Dakwah merupakan usaha penting dalam penyebaran agama Islam. Setiap individu Muslim mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan dakwah Islam melalui pelbagai cara mengikut kemampuan dirinya. Para ulama juga telah menggariskan panduan dalam berdakwah yang merupakan interpretasi daripada tauladan sunah Rasulullah SAW dan ayat al-Quran. Melalui usaha dakwah ini juga dapat membimbing individu yang dilembutkan hatinya untuk memeluk agama Islam dan meninggalkan agama lain. Golongan ini digelar sebagai mualaf dan tergolong dalam lapan kategori yang menerima bantuan zakat. Majlis Agama Islam Negeri Johor MAINJ menetapkan seseorang yang baru memeluk agama Islam dalam had tempoh selama 10 tahun sebagai mualaf sebelum diiktiraf sebagai mukalaf. Selama tempoh ini juga, pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan diberikan kepada golongan mualaf untuk memperkukuhkan kebolehupayaan mereka bagi meneruskan kehidupan beragama Islam. Namun begitu, dengan segala bentuk bantuan yang diberikan, terdapat golongan mualaf yang terlibat dalam masalah gejala sosial, jenayah, tekanan emosi dan permohonan murtad yang menggambarkan ketidakmampuan melaksanakan kehidupan beragama Islam. Kehidupan beragama atau religiositi adalah amat penting dalam kehidupan seseorang dan memberi pengaruh yang besar terhadap personaliti, tindakan dan cara berfikir. Situasi ini mewujudkan persoalan mengenai apakah peranan pendakwah terhadap tahap religiositi mualaf dan di manakah tahap religiositi mualaf tersebut pada masa kini. Berdasarkan persoalan tersebut, kajian ini dilaksanakan dengan mengenal pasti peranan pendakwah terhadap mualaf dan mengkaji pengukuran religiositi yang sesuai bagi golongan mualaf di Johor. Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap sorotan karya terdahulu. Dapatan kajian menjelaskan peranan pendakwah dan menunjukkan Model Religiositi Muslim, yang digunakan sebagai dasar pembinaan inventori religiositi-personaliti Muslim adalah sesuai untuk digunakan kepada golongan mualaf dengan mematuhi prinsip-prinsip asas dalam pengukuran religiositi. Dapatan ini boleh dijadikan panduan dalam kajian yang berkaitan pengukuran religiositi mualaf.

Downloads

Published

03-07-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohamad Malom, A. Z. ., Saparudin, I. F., & Ahmad, S. . (2022). Peranan Pendakwah Terhadap Religiositi Mualaf di Negeri Johor: Sebuah Sorotan Awal. Journal of Quranic Sciences and Research, 3(1), 13-20. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/jqsr/article/view/11227

Most read articles by the same author(s)