Dramaturgy Remaja di Media Sosial
Analysis on Youth’ Dramaturgy in Social Media
Abstract
Kertas Kerja ini menghuraikan Model ‘Dramaturgy’ dengan penggunaan media sosial sebagai platform komunikator yang dikategorikan kepada peranan yang ingin ditonjolkan di pentas tayangan media sosial, perwatakan yang ditonjolkan di media sosial, faktor kewujudan proses lakonan di media sosial dan persiapan diri dalam berkomunikasi di media sosial. Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui temubual dengan sembilan informan yang menggunakan media sosial. Secara umumnya, berdasarkan model ‘dramaturgy’, terdapat tiga aspek yang diutamakan iaitu peranan yang ingin ditonjolkan di pentas tayangan, perwatakan yang ditonjolkan di media sosial, faktor kewujudan proses lakonan di media sosial dan juga persiapan diri dalam berkomunikasi di media sosial. Bagi peranan yang ingin ditonjolkan di pentas tayangan, pengguna media sosial menyatakan bahawa mereka adalah seorang yang jujur, ingin mendapat perhatian, mendapat kepuasan diri dan ada juga yang menyatakan mereka tidak telus di media. Bagi aspek perwatakan pula, didapati bahawa perwatakan yang ditunjukkan di media sosial adalah seperti berbeza-beza, ceria, kelakar, lantang dalam berkata-kata, menarik perhatian, neutral, menjaga imej, peramah dan juga santai.
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License
Open access licenses
Open Access is by licensing the content with a Creative Commons (CC) license.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.