Falsafah Wakaf Pendidikan Tinggi ; Satu Semakan Semula
Keywords:
Kata kunci, Wakaf, pendidikan tinggi, wakaf pendidikan tinggi, falsafah dan sistem pendidikanAbstract
Wakaf pendidikan tinggi mula mendapat perhatian serius dari pelbagai pihak.   Kemunculannya menjadi sebahagian daripada solusi alternatif khususnya dalam bidang pendidikan tinggi di Malaysia. Pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi dalam dunia pendidikan moden secara tidak cermat dikhuatiri tidak selari dengan tujuan dan falsafah wakaf pendidikan tinggi yang sebenar. Perbincangan dimulakan dengan menyingkap semula konsep wakaf dan pendidikan, asal usul dan  tujuan  terakhir setiapnya. Penulisan ini menggunakan kaedah penyelidikan  falsafah dialektik yang mengandungi tiga proses utama iaitu analisis, sintesis dan kritis. Lima fokus utama diberikan untuk memahami falsafah wakaf pendidikan tinggi iaitu pengertian konsep wakaf pendidikan, asal usul atau sumber kewujudannya, hubungan dan perkaitan antara konsep wakaf dan  gagasan pendidikan tinggi, tujuan sebenar wakaf pendidikan tinggi dan implikasi konsep wakaf pendidikan tinggi terhadap sistem pendidikan Islam. Konsep wakaf pendidikan tinggi seharusnya bersambungan dengan  tujuan  sebenar pendidikan menurut pandangan alam Islam sesuai dengan asal usul wakaf yang bersumberkan wahyu. Dengan kefahaman tersebut, gagasan wakaf pendidikan tinggi memberi impak yang signifikan kepada sistem pendidikan tinggi khususnya dalam suasana pendidikan moden hari ini. Â
Â
Â
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Open access licenses
Open Access is by licensing the content with a Creative Commons (CC) license.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.