Prinsip “I‘TibÄr Al-MaÄlÄt†Dan “MurÄ â€˜Ä€t Al-KhushÅ«shiyÄt†Dan Kontribusinya Bagi Keberlangsungan Ummah: Sebuah Kajian Maqasid Al-Syariah

Authors

  • Abd. Rauf Amin Kolej Universiti Perguruan Ugama KUPU SB

Abstract

Isu kemanusiaan merupakan kajian utama dalam semua kajian keislaman. Fiqh al-Nash dan Fiqh al-Waqi’ merupakan dua kajian utama dalam Kajian metodologi Islam. Fiqh al-Waqi’ memfokuskan pada bagaimana strategi yang mesti dilakukan untuk menerapkan Nash-nash hukum terhadap manusia atau mukallaf. Itulah sebabnya, ulama sangat diharapkan sebagai jembatan untuk menegosiasikan kepentingan manusia kepada sang pencipta. Islam sejak awal sudah menyadari bahawa hukum-hukum Allah tidak akan mampu diaplikasikan tanpa keberlangsungan manusia. Kerana itulah, Islam kemudian menetapkan keberlangsungan manusia sebagai bagian penting dari Maqasid al-Syariah. Hal inilah yang dapat menjelaskan mengapa hukum Islam terutama fatwa mesti sentiasa mempertimbangkan kemaslahatan manusia yang dapat menjamin keberlangsungannya. Artikel ini bertujuan mengenal pasti bagaimana cara ilmu Maqasid al-Syariah bekerja dalam mengawal keberlangsungan manusia dan teori-teori  Maqasid yang bersentuhan dengan isu keberlangsungan manusia terutama teori “I‘tibÄr al-MaÄlÄt†dan “MurÄ â€˜Ät al-KhushÅ«shiyÄtâ€. Yang pertama secara sederhana bererti bahawa setiap penerapan hukum mesti mempertimbangkan impak yang akan ditimbulkannya bagi kemaslahatan manusia sementara yang kedua bermakna aplikasi-aplikasi hukum Islam mempertimbangkan spesifikasi-spesifikasi realistis yang dimiliki oleh masyarakat atau manusia yang akan menerima penerapan hukum. Metode yang digunakan dalam kajian ini adalah Library Research dengan cara mengeksplorasi teori-teori yang berkaitan menerusi berbagai literatur-literatur hukum Islam dan Maqasid al-Syariah. Hasil kajian empirik menunjukkan bahawa kedua teori ini telah berkontribusi nyata bagi kelangsungan ajaran-ajaran hukum Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

31-12-2018

Issue

Section

Articles

How to Cite

Amin, A. R. (2018). Prinsip “I‘Tibār Al-Maālāt” Dan “Murā ‘Āt Al-Khushūshiyāt” Dan Kontribusinya Bagi Keberlangsungan Ummah: Sebuah Kajian Maqasid Al-Syariah. Journal of Techno-Social, 10(2). https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/2893