PENCAPAIAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU TATACARA MENYELAMAT SEWAKTU BANJIR DAN KAEDAH PEMULIHAN DALAM KALANGAN KOMUNITI KUALA KRAI, KELANTAN, MALAYSIA

  • Yazid Saleh Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Hanifah Mahat Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohmadisa Hashim Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Nasir Nayan Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Koh Liew See Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Pelaksanaan program pemindahan ilmu tatacara menyelamat ketika banjir dan kaedah pemulihan adalah salah satu langkah inisiatif Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai dan Kementerian Pelajaran Tinggi untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti dalam mengaplikasikan tatacara menyelamat sewaktu banjir dan mampu untuk memulihkan semula kehidupan selepas banjir. Pengetahuan mengenai tatacara menyelamat telah dipindahkan secara berperingkat daripada ahli akademik kepada Graduate Intern (GI), ketua-ketua kampung dan ahli kumpulan ResQ UPSI seterusnya pemindahan ilmu daripada GI kepada komuniti kampung dilakukan dengan bantuan modul tatacara menyelamat sebagai panduan persediaan komuniti menghadapi banjir dan modul pengurusan dan pembinaan shelter/rumah segera. Keberkesanan program ini dinilai berdasarkan penguasaan ilmu dalam kalangan komuniti sebelum dan selepas pelaksanaan program. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa berlaku peningkatan bilangan komuniti yang menguasai ilmu tatacara menyelamat (81 peratus), ilmu penggunaan peti ubat untuk pertolongan cemas (83 peratus) dan ilmu pembinaan shelter 57 peratus selepas melibatkan diri dalam program pemindahan ilmu. Kesimpulannya, program ini telah memberi manfaat kepada komuniti Kuala Krai dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai tatacara menyelamat, pertolongan cemas dan pembinaan shelter bagi mengurangkan kesan banjir.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
28-08-2018
How to Cite
Saleh, Y., Mahat, H., Hashim, M., Nayan, N., & See, K. L. (2018). PENCAPAIAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU TATACARA MENYELAMAT SEWAKTU BANJIR DAN KAEDAH PEMULIHAN DALAM KALANGAN KOMUNITI KUALA KRAI, KELANTAN, MALAYSIA. Journal of Techno Social, 10(1). Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/2522
Section
Articles