Strategi Pemerkasaan Wanita ke Arah Pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan 2030: Kajian Fenomenologi Pembuat Keputusan Pangsapuri Mampu Milik

Women’s Empowerment Towards Achieving the Sustainable Development Goal 2030: A Phenomenological Study of Decision-Makers in Affordable Housing Apartments in Selangor

Authors

  • Azlina Ismail Universiti Utara Malaysia
  • Nur Syakiran Akmal Ismail UUM College of Law, Government and International Studies Kerajaan

Keywords:

Pemerkasaan Wanita, Wanita Pembuat Keputusan, Wanita dalam Jawatankuasa Pengurusan, Pembangunan Komuniti

Abstract

Malay:

Penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan merupakan mekanisme yang signifikan untuk mendukung agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030. Namun, tahap penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan khususnya di peringkat komuniti masih rendah. Justeru, objektif utama kertas kerja ini adalah untuk mengenalpasti strategi memperkasakan wanita sebagai pembuat keputusan di peringkat komuniti berdasarkan konteks jawatankuasa pengurusan pangsapuri mampu milik di Selangor. Jawatankuasa pengurusan pangsapuri mampu milik berfungsi sebagai entiti pembuat keputusan melalui peruntukan Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757]. Kajian ini menggunakan pendekatan fenomonologi melalui kaedah temu bual mendalam bersama ahli jawatankuasa pengurusan wanita. Sumbangan baharu kajian ini terletak pada penghasilan strategi pemerkasaan wanita yang berasaskan pengalaman hidup dan tafsiran makna informan dalam konteks tadbir urus pangsapuri mampu milik. Hal ini berbeza daripada kajian terdahulu yang lebih menumpukan kepada bidang politik dan korporat serta cenderung menggunakan pendekatan teori. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi tersebut merangkumi tiga domain utama iaitu peluang, kesedaran dan ruang mental seperti yang dihuraikan dalam kerangka Gressel et al. (2020). Cadangan strategi ini menyumbang kepada usaha memperkukuh penglibatan wanita dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 2030 di peringkat komuniti.

English:

Women’s participation as decision-makers constitutes a significant mechanism in advancing the Sustainable Development Goals 2030. However, the level of women’s involvement as decision-makers, particularly at the community level, remains low. This paper aims to identify strategies for empowering women as decision-makers within the context of management committees of affordable housing in Selangor. These committees function as key decision-making entities under the Strata Management Act 2013 [Act 757]. The phenomenological approach is employed in this present study, utilising in-depth interviews with female management committee members for data collection. This study is fundamentally notable in the development of empowerment strategy that is constructed based on the lived experiences and the afforded interpretations of meaning by informants in the context of affordable housing management governance.  The context is distinctively different from prior studies that emphasized more on political and corporate sectors that are rooted on theoretical  approaches. Findings from this study reveal that the strategy encompasses three main domains namely; opportunities, awareness, and mental space as outlined in Gressel et al. (2020). These strategies contribute to strengthening women’s participation in decision-making and support the advancement of the Sustainable Development Goals 2030 at the community level.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Azlina Ismail, Universiti Utara Malaysia

    UUM College of Law, Government and International Studies
    Kerajaan

  • Nur Syakiran Akmal Ismail, UUM College of Law, Government and International Studies Kerajaan

    Asc. Prof. Dr. Nur Syakiran Akmal  Ismail

Downloads

Published

30-06-2026

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ismail, A., & Ismail, N. S. A. . (2026). Strategi Pemerkasaan Wanita ke Arah Pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan 2030: Kajian Fenomenologi Pembuat Keputusan Pangsapuri Mampu Milik: Women’s Empowerment Towards Achieving the Sustainable Development Goal 2030: A Phenomenological Study of Decision-Makers in Affordable Housing Apartments in Selangor. Journal of Techno-Social, 18(1), 71-89. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/23602