Impak Kerjasama Politik Terhadap Pencapaian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Negeri Johor: 2008-2018
The Impact of Political Cooperation on the Achievement of the Islamic Party of Malaysia (PAS) in the State of Johor: 2008-2018
Keywords:
Kerjasama politik, Parti Islam Se-Malaysia (PAS), United Malays National Organisation (UMNO), Pilihan raya, Pakatan Rakyat, Perikatan Nasional (PN)Abstract
Malay: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan sebuah parti politik yang berpengalaman dalam menjalinkan kerjasama politik dengan pelbagai parti di Malaysia. Walau bagaimanapun, setiap kerjasama politik yang dibentuk oleh PAS membawa hasil yang berbeza bergantung kepada konteks politik dan strategi yang digunakan. Di negeri Johor, PAS telah lama bertapak namun menghadapi kegagalan berterusan dalam persaingan pilihan raya di mana sehingga tahun 2004 PAS tidak pernah memenangi sebarang kerusi di negeri ini. Walau bagaimanapun, prestasi PAS mula menunjukkan perubahan positif selepas menyertai kerjasama politik bersama Pakatan Rakyat pada tahun 2008. Kajian ini bertujuan untuk meneliti implikasi kerjasama politik PAS terhadap pencapaian parti tersebut di Johor antara tahun 2008 hingga 2015. Menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes, data diperoleh melalui temu bual separa berstruktur serta analisis dokumen. Teknik pensampelan bertujuan digunakan dalam pemilihan informan kajian manakala analisis data dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis tematik. Bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan data, triangulasi, pengesahan intercoder dan pengesahan pakar diaplikasikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat membawa impak positif terhadap pencapaian pilihan raya PAS di Johor khususnya dalam Pilihan Raya Umum 2008 (PRU-12) dan 2013 (PRU-13). PAS berjaya memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-12 dan empat kerusi DUN pada PRU-13. Selain itu, sokongan terhadap PAS turut meningkat, terutamanya dalam kalangan pengundi bukan Melayu dan pengundi di kawasan bandar. Hasilnya, PAS dilihat sebagai sebuah parti yang semakin berpotensi di negeri Johor sekaligus membuktikan bahawa kerjasama politik dapat mempengaruhi pencapaian sesebuah parti dalam konteks dinamika politik yang kompleks. English:The Islamic Party of Malaysia (PAS) is a political party with extensive experience in forming political cooperation with various parties in Malaysia. However, each political cooperation formed by PAS yields different outcomes depending on the political context and strategies employed. In the state of Johor, PAS has had a longstanding presence but faced continuous electoral failures, as it did not win any seats in the state up until 2004. However, PAS's performance began to show positive changes after joining the Pakatan Rakyat (PR) coalition in 2008. This study aims to examine the implications of PAS's political cooperation on the party's achievements in Johor from 2008 to 2015. Using a qualitative approach with a case study research design, data were collected through semi-structured interviews and document analysis. A purposive sampling technique was employed to select study informants, while data analysis was conducted using thematic analysis. To ensure the validity and reliability of the data, triangulation, intercoder verification, and expert validation were applied. The findings of the study reveal that PAS's cooperation with Pakatan Rakyat had a positive impact on the party's electoral performance in Johor, particularly during the 2008 (GE-12) and 2013 (GE-13) General Elections. PAS successfully won two State Legislative Assembly (DUN) seats in GE-12 and four DUN seats in GE-13. Furthermore, support for PAS also increased, especially among non-Malay voters and voters in urban areas. As a result, PAS emerged as a party with growing potential in Johor, demonstrating that political cooperation can influence a party's achievements within the context of a complex political dynamic.
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Journal of Techno-Social

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Open access licenses
Open Access is by licensing the content with a Creative Commons (CC) license.

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.








