UMNO DAN KRISIS; PENELITIAN KEPADA KRISIS DALAMAN-KES TERPILIH

  • Ku Hasnan Ku Halim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Ainudin Lee Iskandar Lee Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Suhaimi Sulaiman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Keywords: Politik, krisis, pemimpin, konflik, Demokrasi

Abstract

Demokrasi (Pilihanraya dan Pemilihan Parti) dan berasaskan amalan kebiasaan. Namun begitu dalam keadaan tertentu proses penggantian kepimpinan ini seringkali pula menimbulkan konflik dan polemik apabila ada keinginan untuk mengetahui kepimpinan itu secara wajarnya walaupun dilakukan atas nama Demokrasi (kebebasan untuk bertanding dan memilih pemimpin). Meskipun tuntutan Demokrasi membenarkan pertandingan (unsur keterbukaan), namun landasan sistem pemerintahan yang terbuka sifatnya itu akan menjadi agenda untuk mempertahankan kepentingan kelompok yang kecil sedangkan majoriti kumpulan yang lain menjadi mangsa akibat dasar liberalisasi serta keterbukaan itu. Maka akan wujud impak serta akibatnya. UMNO sebagai sebuah parti terbesar kepada orang-orang Melayu, telah menempuh tidak kurang daripada lima belas (15) krisis besar sejak parti itu ditubuhkan pada tahun 1946. Di dalam siri-siri krisis tersebut yang berlaku 4 kriteria ini diambil perhatian dan selalu di nilai dan dianalisis iaitu Siapa atau watak utama yang terlibat, Apakah isu-isunya yang terlibat dan dilibatkan, Sebab musabab pemula kepada krisis dan apakah pengakhiran kepada krisis tersebut serta implikasinya. Berasaskan kepada penelitian artikel ini merumuskan bahawa DNA UMNO itu adalah krisis dimana krisis dan konflik itulah mewujudkannya, membina, memperkukuh, memperkasa dan juga memberikan kelemahan kepada parti politik tersebut.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
01-10-2012
How to Cite
Ku Halim, K. H., Iskandar Lee, A. L., & Sulaiman, S. (2012). UMNO DAN KRISIS; PENELITIAN KEPADA KRISIS DALAMAN-KES TERPILIH. Journal of Techno Social, 4(2). Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/1435
Section
Articles