PENCAPAIAN KURSUS MATEMATIK DAN STATISTIK DI KALANGAN PELAJAR UTHM: FAKTOR MEMPENGARUHI DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LEBIH DIMINATI
Keywords:
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar, Teknik Pembelajaran di Luar dan dalam Bilik Kuliah.Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti punca yang mempengaruhi pencapaian kursus matematik dan statistik di kalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seramai 2605 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini dan pemilihan responden adalah dilakukan secara rawak berstrata berdasarkan jumlah populasi pelajar di setiap fakulti. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif analisis seperti min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus untuk menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik dan statistik. Seterusnya, kajian ini juga mengenalpasti kaedah dan teknik pembelajaran yang lebih diminati pelajar dan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis Pareto. Hasil kajian mendapati faktor latar belakang diri, faktor tenaga pengajar, dan faktor kondisi tempat pengajian mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik dan statistik manakala kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar adalah lebih diminati oleh pelajar berbanding pembelajaran berpusatkan guru.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
09-08-2015
How to Cite
Mohd Razali, S. N. A., Sufahani, S. F., & Arbin, N. (2015). PENCAPAIAN KURSUS MATEMATIK DAN STATISTIK DI KALANGAN PELAJAR UTHM: FAKTOR MEMPENGARUHI DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LEBIH DIMINATI. Journal of Techno-Social, 7(2). Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/1208
Issue
Section
Articles
License
Open access licenses
Open Access is by licensing the content with a Creative Commons (CC) license.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.