TAHAP PENYERTAAN AHLI PERGERAKAN WANITA PEKEBUN KECIL (PWPK) DALAM AKTIVITI PEMBANGUNAN KOMUNITI DI JOHOR

Authors

  • Fauziah Ani
  • Asnarulkhadi Abu Samah
  • Ma'rof Redzuan
  • Kwok Chin Hoe

Keywords:

penyertaan, pendayaupayaan, pembangunan komuniti

Abstract

Penyertaan komuniti merupakan pendekatan bawah-atas yang efektif dalam menangani masalah kemiskinan dalam kalangan ahli-ahli komuniti. Sebagai medium pendayaupayaan, penyertaan memainkan peranan penting bagi menentukan kejayaan aktiviti pembangunan yang dilaksanakan. Melalui penyertaan tersebut, ahli komuniti diberi ruang membentuk perubahan yang diinginkan, membina kapasiti atau kemampuan, serta mempertingkatkan potensi diri. Oleh itu, pengkaji ingin meninjau sejauh mana penyertaan ahli komuniti dalam aktiviti pembangunan PWPK di Johor bagi mempertingkatkan kualiti kehidupan ke tahap yang lebih baik. Penyertaan mereka dalam aktiviti tersebut dikaji berdasarkan penyertaan dalam pembuatan keputusan, perlaksanaan dan penerimaan faedah. Seramai 366 ahli daripada 60 buah PWPK telah dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan kelompok pelbagai peringkat (cluster multistage sampling) sebagai responden kajian. Maklumat kajian di kumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan tahap penyertaan ahli PWPK dalam aktiviti pembangunan bagi ketiga-tiga peringkat terletak pada tahap sederhana. Justeru itu bagi memastikan PWPK digunakan sepenuhnya sebagai medium pendayaupayaan, maka strategi berkesan diperlukan bagi mempertingkatkan penyertaan mereka pada setiap peringkat.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Fauziah Ani

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia



Asnarulkhadi Abu Samah

Universiti Putra Malaysia

Ma'rof Redzuan

Universiti Putra Malaysia

Kwok Chin Hoe

Universiti Putra Malaysia

Downloads

Published

09-08-2015

How to Cite

Ani, F., Abu Samah, A., Redzuan, M., & Chin Hoe, K. (2015). TAHAP PENYERTAAN AHLI PERGERAKAN WANITA PEKEBUN KECIL (PWPK) DALAM AKTIVITI PEMBANGUNAN KOMUNITI DI JOHOR. Journal of Techno-Social, 7(2). Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/1204

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)