Politik & Masyarakat Melayu Perak

POLITIK-MASYARAKAT-MELAYU-PERAK Politik & Masyarakat Melayu Perak

• ISBN : 978-967-0468-07-5

• Penulis : Ishak Saat

• Jumlah mukasurat : 264ms

• Harga : RM28.00

• Tahun : 2012

Buku Politik & Masyarakat Melayu Perak ini ingin menyingkap kembali kewujudan negeri Perak seawal kerajaan tradisional lagi iaitu sejak awal abad ke-2 lagi. Walau bagaimanapun Perak hanya menjadi terkenal dan makmur sekitar abad ke-5 dan ke-6 Masihi. Buku ini juga cuba memaparkan kembali bagaimana negeri Perak Darul Ridzuan ini mula-mula terbentuk sebagai sebuah negara bangsa. Bermula dengan sebuah wilayah kecil yang terkenal dalam kalangan kerajaan-kerajaan awal yang wujud di Nusantara. Dengan nama kerajaan Gangga Negara, kemudian kerajaan Melayu Beruas dan seterusnya kerajaan Manjung. Kerajaan Gangga Negara lenyap setelah diserang oleh empayar Sri vijaya dari Sumatera di bawah pemerintahan Raja Rajendra Chola I. Kemudian muncul kerajaan Melayu Beruas dan Kerajaan Manjung yang sentiasa bersengketa sehingga menyebabkan kerajaan-kerajaan ini semakin lemah dan mengecil. Kemudian dari itu muncul pula sebuah lagi kerajaan awal di daerah Hulu Perak bernama Janin. Lantaran kerana sering bersengketa maka akhirnya para pemerintah kerajaan-kerajaan kecil ini sepakat untuk bersatu di bawah satu naungan yang dipersetujui, warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka sekitar abad ke-16.

Reflectarray Antennas for Strategic Defense Technology

reflectarry-antennas-2 Reflectarray Antennas
for Strategic Defense Technology

• ISBN : 978-967-0468-01-3

• Penulis : Muhammad Yusof Ismail, Muhammad Inam Abbasi

• Jumlah mukasurat : 131ms

• Harga : RM22.00

• Tahun : 2012

This book is designed to present fundamental concepts and principles of reflectarray antenna design for strategic defense technology. The concepts of reflectarray antenna are explained in details relating to its basics on microwave propagation and Maxwell’s equations. Basic defense technology is briefly explained for the applicability of reflectarray antennas in defense systems.

FEATURES

•Detailed coverage of passive reflectarray design and fundamental comparison of reflectarray with existing parabolic reflector antennas.

•Comprehensive chapter on the strategies of bandwidth enhancement for defense applications.

•Brief discussions on analysis and measurement techniques of design considerations based on fabricated reflectarray antennas.

•Thorough explanation on electronic control methods of active reflectarray antennas with radar cross section optimization.

Reflectarray Antennas for Strategic Defense Applications offers an excellent insight on printed reflectarray antennas from the theoretical to the practical considerations; hence it is recommended to be used for design engineers, postgraduate students and researchers in communications technology.

Sekolah Berprestasi Tinggi : Satu Transformasi

SBT2012 Sekolah Berprestasi Tinggi : Satu Transformasi

• ISBN : 978-967-5457-73-9

• Penulis : Ab. Rahim Selamat, Kamarolzaman Hj. Mohd. Jidi, Hazrimah Ab. Rahim, Hazrita Ab. Rahim

• Jumlah mukasurat : 372ms

• Harga : RM45.00

• Tahun : 2012

Buku Sekolah Berprestasi Tinggi : Satu Transformasi merupakan salah satu dokumentasi awal selepas pengumuman Kementerian Pelajaran Malaysia dibuat mengenai Sekolah Berprestasi Tinggi atau SBT. Respons melalui buku ini kepada pengumuman tersebut memang tidak boleh dikatakan mantap kerana proses pemikiran, perancangan dan juga pelaksanaan projek ini terutama ditahap percubaan oleh beberapa pihak terutamanya di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Respons ini juga tidak mantap kerana projek ini adalah sesuatu yang baru, masih boleh diubahsuai serta masih dalam peringkat pelaksanaan terhad.

Selain daripada aspek Prestasi Tinggi, aspek Transformasi juga telah dikaitkan supaya pembaca mendapat pengetahuan dan kefahaman gandingan atau kesepaduan antara dua aspek yang diulas di dalam setiap bab.

Semoga buku kecil ini dapat membantu sedikit sebanyak semua pihak supaya lebih berjaya membawa perubahan atau transformasi untuk merealisasikan Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia.

Shortcut to Latex

LATEX2012 Shortcut to Latex

• ISBN : 978-967-0468-02-0

• Penulis : Rathiah Hashim

• Jumlah mukasurat : 89ms

• Harga : RM18.00

• Tahun : 2012

This book is an introduction to LaTeX for those who have not used LaTeX before. It is a wonderful software to typeset your document and especially helpful for post graduate students to write and structure their theses or dissertations. With LaTeX, you can effectively integrate your text with tables, figures, math symbols and references. The approach in this book is dedicated to Window users.

The beauty about LaTeX is that you don’t really need to know everything. Most people only learn the basics and upgrade their skills continuously using internet resources. My book is to help you do that – to grasp the essentials! There are many books on LaTeX in the market but it is difficult to find a book that can teach you from the very basics including how to compile for the first time.  Learning LaTeX can be time consuming and this book is your short cut to it.

Some Highlights:

•    Installation process

•    The right package to install for different purposes

•    A lot of tips on how to get help from the internet

•    The first few important steps in getting started

•    The essential basics in preparing your technical and scientific document

•    A lot of exercises to follow with illustration of screen shots

•    Step by step examples on different topics

Sumbangan Komuniti Pengutip Sampah dalam Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia

komuniti-pengutip-sampah Sumbangan Komuniti Pengutip Sampah dalam Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia

• ISBN : 978-967-5457-99-9

• Penulis : Seow Ta Wee

• Jumlah mukasurat : 119ms

• Harga : RM20.00

• Tahun : 2012

Isu sisa pepejal merupakan satu isu multidisiplin yang melibatkan pelbagai bidang seperti kejuruteraan, sains, ekonomi, kesihatan, dan sosial. Dalam isu sosio ekonomi pengurusan sisa pepejal,  pengutip sampah merupakan salah komuniti yang tidak boleh dipinggirkan. Golongan ini bekerja dalam suasana persekitaran yang kotor dan mengutip sampah yang bernilai untuk dikitar semula.

Tertimbulnya buku ini ditulis dan diterbit adalah hasil daripada penyelidikan saya serta pemerhatian saya sekian lama dalam bidang pengurusan sisa pepejal. Golongan pengutip sampah sepatutnya diberikan penghargaan yang tinggi oleh masyarakat kerana golongan inilah yang mengutip sampah dan mengasing sampah mengikut jenis sampah yang kita buang di tepi jalan, tong sampah dan di tapak pelupusan. Malangnya masyarakat kita memandang rendah terhadap mereka atas sifat pekerjaan mereka.

Buku ini mengupas sifat pengutip sampah, pengutip sampah di luar negara, latar belakang responden pengutip sampah di negeri Johor, isu sosial, isu ekonomi, isu kesihatan, pengetahuan mereka terhadap persekitaran kerja serta cadangan terhadap pengurusan pengutip sampah. Dengan harapan buku ini dapat membantu penyelidik dan pembuat dasar terutamanya dalam bidang pengurusan sisa pepejal berkaitan dengan aspek sosioekonomi pengutip sampah.

  • Pejabat Penerbit UTHM

    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
    86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

    Tel      :  07-453 7190
    Fax     :  07-453 6145

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Copyright © 2020 Penerbit UTHM. All Rights Reserved