Kepimpinan Tun Abdul Razak Era 1969-1970

Kepimpinan Tun Abdul Razak Era 1969-1970

Penulis: Mohamad Asrol Ar Pidi, Ishak Saat

Harga: 28.00

ISBN: 978-967-2110-67-5 

Tahun terbitan: 2018

Bil. muka surat: 00 muka surat

Melalui buku ini kita dapat membuat penilaian dan kesimpulan terhadap usaha yang dilakukan oleh Tun Abdul Razak dalam memulihkan hubungan antara kaum yang retak akibat daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Beliau juga dilihat berusaha untuk memajukan ekonomi dan mempertingkatkan taraf hidup kaum Melayu dan kaum Bumiputera yang lain di negara ini.

Buku ini sesuai dimiliki dan dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia untuk menambah pengetahuan agar belajar dari sejarah supaya sesuatu kejadian yang tidak diingini tidak berlaku kembali. Belajarlah dari sejarah Malaysia kerana di dalamnya terdapat banyak iktibar yang boleh dijadikan panduan untuk kekal aman, makmur dan harmonis.

Pentaksiran Kreativiti Saintifik untuk Prasekolah

Pentaksiran Kreativiti Saintifik untuk Prasekolah

Penulis: Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah , Chin Mui Ken@ Lily

Harga: 20.00

ISBN: 978-967-2110-50-7 

Tahun terbitan: 2018

Bil. muka surat: 95 muka surat

Buku ini menerangkan bagaimana proses pentaksiran kreativiti saintifik kanak-kanak prasekolah dilaksanakan melalui instrumen Kreativiti Saintifik Bergambar (KSB). Instrumen KSB dibangunkan semata-mata untuk mentaksir dimensi tret iaitu Keaslian, Kelancaran, Penghuraian, Keabstrakan Tajuk, dan Rintangan terhadap Penutupan Pra-matang melalui lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Penulis menunjukkan item-item KSB melalui Borang A dan B bagi memudahkan para pembaca membuat rujukan. Bagi membantu pentaksir membuat persediaan sebelum pentaksiran dan menentukan skor selepas menjalankan pentaksiran, penulis telah mengilhamkan manual arahan dan panduan penskoran dalam bentuk tulisan ringkas, kemas dan padat berserta contoh-contoh lukisan. Buku ini terbit hasil daripada gabungan mantap Model Struktur Kreativiti Saintifik dan Penskoran Torrance. Buku ini boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada golongan prasiswazah dan pascasiswazah sama ada di Institut Pendidikan Guru dan IPTA/IPTS serta golongan pendidik dan penyelidik yang berminat untuk melaksanakan kajian tentang kreativiti saintifik dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.

Politik Suloh Malaya 1946-1947

Politik Suloh Malaya 1946-1947

Penulis: Arba'ahazura Hj Supa'at, Ishak Saat

Harga: 25.00

ISBN: 978-967-2110-46-0

Tahun terbitan: 2018

Bil. muka surat: 143 muka surat

Buku ini menyingkap tentang peranan yang dimainkan oleh sebuah majalah politik Melayu bagi melahirkan kesedaran untuk menyatukan bangsa Melayu ke arah kemerdekaan Tanah Melayu. Penulisan ini juga turut memaparkan tentang sejarah penerbitan dan perkembangan Suloh Malaya sebagai majalah rasmi Parti Kebangsaaan Melayu Malaya yang mempunyai misi dan objektif tertentu dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

 

Modul Instrumen Diagnostik Usahawan Berjaya

 

Modul Instrumen Diagnostik Usahawan Berjaya

Penulis: Abdul Razak Omar, Mahyudin Omar, Ahmad Shaharudin Abdul Latif, Anim Zalina Azizan, Muhammad Suhaimi Sulong

Harga: 20.00

ISBN: 978-967-2110-56-9 

Tahun terbitan: 2017

Bil. muka surat: 90 muka surat

Modul Instrumen Diagnostik Usahawan Berjaya disusun daripada lapan modul diagnostik keusahawanan bagi memenuhi keperluan untuk mengenal pasti potensi kecemerlangan seorang peniaga mikro dan usahawan. Buku ini adalah untuk membantu konsultasi / jururunding mengenal pasti tahap risiko seorang itu sebagai seorang usahawan.

Usahawan perlu merancang, mengatur dan mengawal aliran kewangan mereka agar aktiviti perniagaan seperti pemasaran, operasi dan lain-lain dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisien. Senarai semak pengurusan kewangan perniagaan bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan pengurusan kewangan perniagaan yang berisiko tinggi dan boleh menggugat kesinambungan, keuntungan dan pulangan kepada usahawan dan pelabur.

Pihak konsultasi juga akan mendiagnos tahap risiko pengeluaran dan operasi sesebuah organisasi tersebut. Kesedaran usahawan dalam buku ini akan membantu serta membolehkan produk/ perkhidmatan berada pada tahap kualiti yang tinggi dan berdaya saing berbanding dengan produk yang lain.

Transisi Kerjaya Pendidikan Khas Vokasional: Teori dan Amalan

Transisi Kerjaya Pendidikan Khas Vokasional: Teori dan Amalan

Penulis: Mohamad Hisyam Mohd. Hashim, Siti Nor Idayu Mohd. Nassir

Harga: 24.00

ISBN: 978-967-2110-45-3 

Tahun terbitan: 2017

Bil. muka surat: 128 muka surat

Buku ini ditulis sebagai panduan kepada para guru, keluarga, MBPK dan masyarakat tentang pendekatan yang boleh digunakan dalam membantu MBPK MP menentukan masa depan kerjaya dan kehidupan mereka. Buku ini ditulis berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap pelaksanaan Program Transisi Kerjaya (PTK) MBPK MP di sekolah yang telah dapat melahirkan murid yang mampu mendapat dan mengekalkan pekerjaan hasil daripada program tersebut.

Buku ini membincangkan dan menjelaskan tentang tujuh amalan dalam pelaksanaan PTK untuk MBPK MP iaitu persekolahan, perancangan berpusatkan murid, struktur program, kolaborasi bersama institusi pendidikan vokasional awam, swasta dan industri, penglibatan keluarga, perkembangan murid dan kesediaan pengalaman kerja murid. Selain itu, perkara yang dikupas di dalam buku ini juga adalah berkaitan penglibatan industri dalam pelaksanaan PTK tersebut yang boleh dijadikan panduan dalam pelaksanaannya. Seterusnya, cabaran dalam pelaksanaan PTK turut dijelaskan yang membawa kepada pelbagai cadangan penambahbaikan program.

  • Pejabat Penerbit UTHM

    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
    86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

    Tel      :  07-453 7190
    Fax     :  07-453 6145

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Copyright © 2020 Penerbit UTHM. All Rights Reserved