Wanita & Masyarakat

wanita dan masyarakat Wanita & Masyarakat

• ISBN : 978-967-5457-94-4

• Pengarang : Azlizan Mat Enh dan Rohani Abdul Ghani

• Jumlah mukasurat : 263ms

• Harga : RM35.00

• Tahun : 2012

Wanita dan Masyarakat merupakan sebuah buku yang membicarakan peranan dan kedudukan wanita dalam masyarakat sejak zaman dahulu hingga sekarang. Buku ini mempunyai sembilan bab yang ditulis oleh pensyarah-pensyarah IPTA mengikut kepakaran masing-masing dalam mengupas kedudukan wanita dari pelbagai sudut pandangan sains sosial. Esei-esei dalam buku ini antaranya membincangkan tahap penjagaan kesihatan dan pendidikan wanita pada zaman British, ketokohan bekas wanita pertama Indonesia iaitu Ratna Sari Dewi dalam membantu perjuangan suaminya Sukarno, serta mengenengahkan kehebatan srikandi Vietnam iaitu Trung adik beradik dalam mempertahankan kedaulatan tanah air mereka. Selain itu, Wanita dan Masyarakat turut membincangkan hak wanita dalam masyarakat melalui pembahagian harta pusaka dari perspektif Islam dan tidak meminggirkan wanita dari arus pemodenan di mana salah satu bab menyentuh mengenai pencapaian ICT wanita luar bandar dan cabarannya. Pelbagai lagi aspek menarik yang dibincangkan dalam buku Wanita dan Masyarakat ini. Wanita dan Masyarakat cuba memperkayakan dan mendedahkan pemahaman masyarakat terhadap peranan, sumbangan dan kepentingan wanita dalam menjana kemakmuran negara dari sudut ekonomi, sosial dan politik
  • Pejabat Penerbit UTHM

    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
    86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

    Tel      :  07-453 7190
    Fax     :  07-453 6145

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Copyright © 2020 Penerbit UTHM. All Rights Reserved