Isu-Isu Alam Sekitar dan Kelestarian

isu-isu-alam-sekitar-dan-kelestarian Isu-Isu Alam Sekitar dan Kelestarian

• ISBN : 978-967-5457-98-2

• Penulis : Sharifah Meryam Shareh Musa, Haryati Shafii, Seow Ta Wee.

• Jumlah mukasurat : 203ms

• Harga : RM25.00

• Tahun : 2012

Hubungan di antara manusia dengan alam sekitar wujud sejak manusia dilahirkan lagi. Pergantungan manusia terhadap alam sekitar adalah mencakupi segala aktiviti yang berkaitan dengan falsafah kehidupan dan pembangunan manusia. Pergantungan secara langsung ini, sekiranya dalam konteks yang berlebihan akan memberi kacauganggu dan impak yang besar terhadap persekitaran fizikal dan manusia. Kemerosotan alam sekitar telah berlaku secara serius ekoran aktiviti manusia yang mementingkan keuntungan dan  menidakkan hak orang lain untuk menikmatinya di masa hadapan. Buku ISU-ISU ALAM SEKITAR dan KELESTARIAN membawa pembaca kepada menghayati kepentingan alam sekitar dan melestarikannya serta kepentingan teknologi dalam mengurus. Buku ini memuatkan lapan himpunan makalah yang diusahakan oleh penulis dari latar ilmu yang pelbagai sebagai reaksi mereka terhadap isu-isu alam sekitar dan kepentingan dalam melestarikannya. Buku ini sebahagiannya merupakan hasil daripada penyelidikan yang telah diusahakan oleh penulis sebagai sumbangan akademik untuk perkongsian ilmu, memberi pengetahuan, dan kesedaran tentang isu-isu alam sekitar yang pelbagai bidang mencakupi persekitaran, harta tanah, pembinaan dan pengurusan teknologi. Buku ini cuba menyepadukan fokus penulisan yang bersifat interdisplinary yang merupakan satu bentuk disiplin yang diketengahkan kini. Pembahagian buku ini  kepada Bahagian I membincangkan Isu-isu Alam Sekitar dan Kelestarian dan Bahagian II mengupas Isu-isu Pembangunan dan Teknologi, merupakan konotasi yang digarap kukuh bagi memberi pemahaman yang jelas kepada pembaca tentang kepentingan alam sekitar yang merupakan satu ruang yang dikongsi bersama dan perlu ianya diuruskan dengan baik. Semoga usaha kecil melalui penerbitan buku ini dapat mengisi kelohongan ilmu yang belum diliputi oleh buku lain dan sumbangan ini mampu memberikan manfaat dan memupuk rasa kecintaan terhadap alam sekitar kepada pembaca di luar sana.
  • Pejabat Penerbit UTHM

    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
    86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

    Tel      :  07-453 7190
    Fax     :  07-453 6145

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Copyright © 2020 Penerbit UTHM. All Rights Reserved