Lean dan Value Stream Mapping terhadap Pengurangan Masa Operasi

Authors

  • Ahmad Nur Aizat Ahmad UTHM
  • Mohd Faizal Jufri uthm
  • Md Fauzi Ahmad uthm

Keywords:

Lean, Value Stream Mapping, Kitaran masa

Abstract

Bottleneck ketika proses pembuatan sesebuah produk sering berlaku sama ada dalam jumlah yang besar atau kecil dan tidak kira besar atau industri kecil dan sederhana. Bottleneck akan berlaku jika input datang lebih cepat daripada langkah seterusnya dan menyebabkan proses tersebut berlaku tergendala. Dengan menghapuskan bottleneck dalam mana-mana operasi, peningkatan yang besar itu akan mengikut secara automatik. Jadi pendekatan yang agak mudah Teori Kekangan adalah untuk mengenal pasti punca kesesakan dan kemudian mengambil apa jua tindakan yang perlu untuk mengalihkan kesesakan itu.Value stream mapping (VSM) ialah sebuah proses pemetaan yang membolehkan semua orang dalam sesebuah syarikat atau sesebuah kilang menggambarkan dan memahami pergerakan proses seterusnya membuat plan tindakan yang sewajarnya bagi menghapuskan pembaziran masa. Kajian ini menggunakan kaedah Value Stream Mapping sebagai kedah utama dalam pengurangan masa dalam proses pembuatan. Berdasarkan dapatan kajian, VSM membantu dari segi pengurangan masa proses pembuatan supaya dalam menjadi lebih singkat dan menjimatkan. Hasil dapatan kajian, sekitar 19% masa dikurangkan hasil perbandingan masa pembuatan sebelum dan selepas proses penambahbaikan.

Downloads

Published

12-06-2021

Issue

Section

Article

How to Cite

Ahmad, A. N. A., Jufri, M. F., & Ahmad, M. F. (2021). Lean dan Value Stream Mapping terhadap Pengurangan Masa Operasi. Research in Management of Technology and Business, 2(1), 640-650. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/1993