KOS PENANAMAN (KP) DAN KOS SARA HIDUP (KSH) DALAM PERAKAUNAN ZAKAT PADI DI MALAYSIA

  • Mohd Shukri Hanapi USM
  • Zahri Hamat USM
Keywords: kos penanaman, kos sara hidup, perakaunan, zakat, dan fuqaha’.

Abstract

Kajian ini bertujuan meneliti dan menganalisis kos penanaman (KP) dan kos sara hidup (KSH) dalam amalan perakaunan zakat padi di Malaysia, sama ada ia ditolak daripada pendapatan kasar (PK) atau pun tidak. Di Malaysia, terdapat pelbagai kaedah perakaunan zakat padi yang diamalkan. Ada negeri yang tidak menolak kedua-dua kos tersebut; ada pula negeri yang menolak KP sahaja; dan ada juga yang bertindak menolak kedua-duanya daripada PK. Persoalannya, kenapakah terdapat negeri yang membenarkan KP ditolak daripada PK sedangkan fatwa yang dikeluarkan oleh majoriti negeri di Malaysia tidak membenarkan KP tersebut ditolak daripada PK? Kenapakah pula terdapat negeri yang bukan sahaja membenarkan penolakan KP, malah turut ditolak KSH? Apakah asas mereka dalam hal ini? Bagi menjawab kesemua persoalan ini, perbincangan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, mengenal pasti KP dan KSH dalam amalan perakaunan zakat padi di Malaysia; dan kedua, menganalisis KP dan KSH dalam amalan perakaunan zakat padi di Malaysia berdasarkan pandangan fuqaha’. Berdasarkan analisis kandungan terhadap data primer dan sekunder, kajian ini mendapati kebanyakan negeri di Malaysia tidak membenarkan penolakan KP dan KSH daripada PK, kecuali empat buah negeri iaitu Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak hanya membenarkan penolakan KP daripada PK, manakala Perlis dan Pulau Pinang bukan sahaja membenarkan penolakan KP, malah turut menolak KSH daripada PK. Meskipun berbeza dengan negeri-negeri lain, amalan perakaunan zakat padi di keempat-empat buah negeri ini masih selari dengan pandangan fuqaha’.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Mohd Shukri Hanapi, USM
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang, Malaysia
Zahri Hamat, USM
Bahagian Perancangan dan Pengurusan Pembangunan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang, Malaysia
Published
09-02-2015
How to Cite
Hanapi, M. S., & Hamat, Z. (2015). KOS PENANAMAN (KP) DAN KOS SARA HIDUP (KSH) DALAM PERAKAUNAN ZAKAT PADI DI MALAYSIA. Journal of Techno Social, 7(1). Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/1168
Section
Articles