Tun Dr. Ismail : Merintis Kepemimpinan Berintegriti

Tun-Dr-Ismail Tun Dr. Ismail : Merintis Kepemimpinan Berintegriti

• ISBN : 978-967-0468-23-5

• Penulis : Khairul Azman Suhaimy, Hussain Othman, Mustaffa Ibrahim

• Jumlah mukasurat : 162ms

• Harga : RM26.00

• Tahun : 2012

Penulisan buku ini adalah satu usaha kecil untuk menghargai jasa Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman dalam sejarah tanah air kita. Antaranya, kejayaan memulihkan keamanan selepas Peristiwa 13 Mei adalah sesuatu yang mengagumkan semua pihak. Oleh itu, penulisan buku ini menggunakan pendekatan secara tema, gambar termasuk petikan akhbar yang mudah dan santai dalam menelusuri sumbangan tokoh ini. Ia menggunakan pendekatan ini kerana kekangan bahan dan masa berkaitan dengan tokoh ini.

Usaha-usaha sebegini adalah permulaan ke arah mengenali dengan lebih dekat perwatakan beliau. Antaranya tegas. jujur dan berani menghadapi cabaran dalam memikul tanggungjawab. Oleh itu penghasilan buku yang bertajuk “Tun Dr. Ismail: Merintis Kepemimpinan Berintegriti” akan menjelaskan nilai-nilai kepemimpinan negarawan ini untuk diteladani.

Melaka Di Sinilah Segalanya Bermula

melaka-disinilah-segalanya-bermula Melaka Di Sinilah Segalanya Bermula

• ISBN : 978-967-0468-03-7

• Penulis :Syed Ahmad Syed Kassim
Kamarolzaman Md Jidi
Suraya Hani Kamarolzaman
Muhammad Taufik Kamarolzaman
Muhammad Khairi Aziz

• Jumlah mukasurat : 272ms

• Harga : RM38.00

• Tahun : 2012

Buku ini, melakarkan coretan pembukaan Negeri Melaka oleh Parameswara pada 1262M dan seterusnya Kegemilangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada 1400M. Permulaan kedatangan orang Barat apabila berlaku kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada 1511M. Persejarahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang panjang iaitu selama 111 tahun itu telah melibatkan seluruh bangsa dan negara di seluruh pelusuk dunia, yang sukar dibilang. Namun dapat dinukilkan persejarahan Negeri Melaka ini telah mencetuskan penglibatan bangsa-bangsa di dunia seperti Portugis, Belanda, Inggeris, Sepanyol, Cina, India, Australia, Pakistan, Pasai, Pedir, Sumatera, Borneo, Siam, Kemboja, Ambon, Banda, Betawi, Aceh, Jawa, Bugis, Bentan, Linggi,  Rokan, Aru, Jambi, Inderagiri,  Sri Langka, Gujerat, Rom,  Majapahit, Mataram, Srivijaya, Siak, Pegu (Burma), Pattani, Kampar, Bengkalis, Minangkabau,  Arab, Cina Baba, Timur Tengah, Turki, Jepun,  Jerman, Itali, Afrika, Eropah dan lain-lain lagi. Agama-agama besar seperti Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain terlibat sama dalam persejarahan yang bertunas di Melaka ini. Kisah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu, menukilkan kepahlawanan dan kebitaraannya dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, undang-undang, pertahanan, sosio ekonomi, psikologi, teologi dan sebagainya, bahkan ianya mengangkat kewibawaan metafizik, epistemologi, askiologi dan teologi untuk dijadikan suatu panduan dan acuan tamaduan akan datang.

Fizik Moden, Fizik Asas Untuk Sains dan Kejuruteraan

fizik moden Fizik Moden, Fizik Asas Untuk Sains dan Kejuruteraan

• ISBN : 978-967-5457-82-1

• Penulis : Jauharah Md Khudzari

• Jumlah mukasurat : 173ms

• Harga : RM25.00

• Tahun : 2012

Buku Fizik Moden ini merupakan salah satu sub-bidang fizik di bawah Siri Fizik Asas untuk Sains & Kejuruteraan. Topik-topik yang disusun di dalam buku ini merangkumi konsep asas cahaya, teori fizik klasik dan moden, sifat-sifat zarah bercas dan tindak balas nukleus yang merupakan asas kepada bidang Fizik Nukleus. Penerangan disampaikan dengan bahasa yang mudah berserta gambar rajah berlabel dan jadual membolehkan buku ini mudah difahami oleh pembaca. Bagi membantu pelajar memahami tajuk yang dibincangkan dengan baik, setiap tajuk disertakan dengan soalan dan contoh penyelesaiannya, selain disediakan ringkasan di akhir setiap bab. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar di peringkat pra-universiti

Isu Persekitaran & Kesihatan di Malaysia

isu persekitaran dan kesihatan di malaysia Isu Persekitaran & Kesihatan di Malaysia

• ISBN : 978-967-5457-81-4

• Editor : Haliza Abdul Rahman, Sakinah Harith, Hasmah Abdullah

• Jumlah mukasurat : 157ms

• Harga : RM26.00

• Tahun : 2012

Buku ini memaparkan hubungan antara persekitaran dan kesihatan di Malaysia dalam aspek permasalahan, pengurusan dan penyelesaian hasil daripada kajian serta tinjauan yang dijalankan oleh penyelidik daripada pelbagai disiplin yang berkaitan. Bagi menarik minat pembaca, rangkuman 10 bab dalam buku ini yang disusun bermula dengan permasalahan umum alam sekitar, diikuti dengan pengurusan dan diakhiri dengan cadangan kaedah penyelesaian, diharap membantu mendidik pembaca supaya peka dengan permasalahan alam sekitar yang turut mempengaruhi polemik kesihatan manusia sejagat serta kerumitan dalam mengurus dan menangani masalah sedemikian.

Buku ini diharap bukan sahaja dapat memberikan maklumat dan pengetahuan berkaitan dengan senario permasalahan persekitaran dan kesannya, malah mampu menampung kekurangan bahan bacaan yang berkaitan dengan kesihatan alam sekitar dan kesihatan manusia. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada semua golongan termasuk pelajar, pendidik, penyelidik dan masyarakat umum dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam sekitaran untuk kesihatan sejagat

Keselamatan Bangunan dan Kawalan Kebakaran

keselamatan bangunan dan kawalan kebakaran Keselamatan Bangunan dan Kawalan Kebakaran

• ISBN : 978-967-5457-58-6

• Pengarang : Dato' Haji Badarudin Haji Mat Isa, dan Syahrul Nizam Kamaruzzaman.

• Jumlah mukasurat : 307ms

• Harga : RM50.00

• Tahun : 2012

Keselamatan nyawa dan harta-benda, khusus yang berkait dengan bahaya kebakaran, adalah bermula daripada penyediaan pelan bangunan, dengan berpandukan kepada undang-undang bangunan yang digubal mengikut lunas-lunas sains kebakaran, tabiat manusia dalam kebakaran, termasuk keperluan-keperluan kejuruteraan supaya sistem-sistem yang dipasang tidak gagal bila diperlukan. Selepas bangunan itu memperolehi Sijil Menduduki Bangunan, kaedah-kaedah yang diluluskan tidak boleh diubah mengikut sesuka hati penghuni kerana perbuatan ini akan menyebabkan beberapa kelemahan. Sebagai contoh, mengubah jarak perjalanan dan dengan itu tidak lagi sesuai untuk satu-satu kategori penghuni atau kegunaan. Kajian kemerebakan api dan asap juga amatlah penting kerana kajian awal ini akan memudahkan pengawalan api dan asap daripada merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam bangunan itu, jika terlibat di dalam kebakaran. Dengan itu timbullah kajian mengenai 'kemudahan untuk melepaskan diri di masa kebakaran' (means of escape), dinding dan lantai pemisah (wall and floor compartment) dan sebagainya.

Diharapkan agar buku ini dapat memberikan panduan kepada mereka yang berkecimpung di dalam penyediaan pelan-pelan bangunan baru dan pelan-pelan ubahsuai bangunan. Buku ini juga amat relevan untuk digunakan oleh lain-lain para profesional yang menguruskan bangunan, pengurus pengawal keselamatan dan pelajar-pelajar di dalam jurusan pembinaan.

  • Pejabat Penerbit UTHM

    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
    86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

    Tel      :  07-453 7190
    Fax     :  07-453 6145

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Copyright © 2020 Penerbit UTHM. All Rights Reserved